Tuesday, 19 March 2013

Rejimen 70 pakar Bekalan Elektrik (AW) sedia ke OPS Daulat,Sabah

" Sebagai warga rejimen askar wataniah, kita harus bersatu dan berdiri teguh menyokong tentera darat mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman."...kata Leftenan Kolonel rejimen Datuk Seri Ir.Azman Mohd dalam ucapan pelancaran Latihan Kem Tahunan 70 Rejimen Pakar bekalan elektrik RAJD AW 2013.

Friday, 15 March 2013

TNB Membaik pulih 24 rumah, sistem pendawaian elektrik

TNB mengambil inisiatif membantu membaiki rumah kediaman termasuk sistem pendawaian golongan sasaran terutamanya milik penduduk luar bandar, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim...

Chan Eak Geik, 77, berkata dia menghargai sumbangan yang di hulurkan oleh TNB..katanya "Saya lega setelah sistem pendawaian elektrik di rumah saya di baik pulih. Dulu saya selalu kena renjatan elektrik, tetapi sekarang saya sudah rasa selamat...

Tuesday, 12 March 2013

TNB Sumbang RM90,000.00 PPR Kerinchi

TNB membuat sumbangan RM 90,000.00 kepada Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR)  kerinchi.

Turut membuat sumbangan berupa kerusi Roda kepada orang kelainan  upaya ( OKU) , wang tunai untuk ibu tunggal dan anak yatim, disamping mesin jahit dan komputer kepada Persatuan Wanita Blok B PPR Kerinchi.. 

Cinta Kerja di TNB

" Saya masih mengharapkan pelbagai ilmu dan kemahiran lain di sini (TNB) sebelum bersara"...
kata GAN SIEW CHOI

" TNB tak lupa mengenal pasti latihan untuk kakitangan bagi memantapkan kemahiran " kata ALI Omar

" Kita melakukan tugasan dengan ikhlas dan ganjaran pasti diperolehi nanti " ...V. SUGUMARAN

Mereka yang berjaya kepada Tenaga Nasional berhad dalam tempoh 30 tahun ..





Tuesday, 26 February 2013

TNB Giat Tingkat Kesedaran Rakyat

Menyedari perlunya pendedahan terhadap penggunaan elektrik secara selamat, Tenaga Nasional mendekati orang awam melalui Kempen Kesedaran Keselamatn Elektrik (KKKE) Peringkat Negeri Pahang.

2013 TNB memperluaskan ke 13 Lokasi di seluruh Semenanjung kepada orang awam untuk tingkatkan kesedaran rakyat mengenai keselamatan elektrik .


Projek Baiti Jannati TNB bantu Penoreh Getah di Melang Tengah

Projek Baiti Jannati bantu Penoreh Getah di Melang Tengah

Rosli Zainuddin berterima kasih kepada TNB sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membolehkan rumah yang didiami  sejak 12 tahun yang lalu, kini mempunyai dua bilik tidur baru dan ruang dapur tambahan , manakal dinding dicat semula dengan kos kira-kira RM 20,00.00 melalui projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad.



Thursday, 21 February 2013

UTC Perak di Lancar...

" Dengan adanya Pusat Transformasi Bandar atau UTC , kita hendak beri nafas baharu kepada kawasan bandar lama Ipoh, saya diberitahu walaupun baharu dibuka sebulan lebih 50,000 pengunjung sudah datang dan menjalani urusan mereka disini"..
kata Perdana Menteri Dato' Sri  Mohd Najib Tun Abdul Razak