Friday, 21 December 2012

Minyak Masak Terpakai Sumber Alternatif Gerakan Bas...

Minyak masak terpakai sumber tenaga alternatif untuk menggerakkan bas…Hebat.

Lagi hebat, ini adalah hasil buah fikiran dan keringat daripada orang Malaysia...orang kita! Minyak masak terpakai atau “waste cooking oil (WCO)” merupakan salah satu produk biodiesel yang kini telah digunakan di UNITEN.

UNITEN melaksanakan kajian terhadap biodiesel sejak tahun 2002 lagi. Kini, beberapa buah bas yang menggunakan bahan api tersebut digunakan bagi tujuan kemudahan pengangkutan 'shuttle service' oleh UNITEN untuk para pelajar dan pensyarah di dalam kampusnya.

'Made In Uniten' Biodiesel, Successfully Powering Up Buses..

Jadi, sudah tentu 'Jaguh Kampung' Malaysia ini yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan, memang sudah setanding tarafnya dengan 'mat saleh' yang sering kali dikaitkan dengan sains dan teknologi.

Mari sama-sama kita menyokong usaha ke arah 'menghijaukan alam sekitar' di samping memberi sokongan padu kepada kejayaan yang dikecapi oleh anak watan kita sendiri.

Malaysia Boleh!

Tuesday, 11 December 2012

Penyelenggaraan berjadual Kekal Lampu Cerah..

...kami memperkenalkan kaedah senggaraan berjadual lampu jalan secara berkelompok sebagai usaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap, memastikan sistem lampu berfungsi pada tahap maksimum...




Sila klik http://n9kini.com/group-relamping-tnb-seiring-usaha-dasar-pencahayaan-kerajaan-negeri/

Wednesday, 5 December 2012

Kenali Lampu Jalan Anda!

Ramai dikalangan masyarakat kita tidak mengetahui lampu jalan yang ada kat Malaysia ni sebenarnya dimiliki oleh pelbagai pihak. Lampu jalan ni ada yang dimiliki oleh TNB, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan (DBKL, MBPJ,MPS,MPKj dll). Tapi TNB selalu menjadi mangsa apabila lampu jalan sesuatu kawasan tu tak menyala. Sedangkan lampu jalan tu bukan milik TNB pun.

So aku nak mengajak orang ramai supaya mengenali lampu jalan milik TNB. Korang tengok gambar bawah ni:



Ada 3 cara mudah untuk memastikan lampu jalan TNB terus bersinar:

1) Kenal pasti Lampu jalan TNB ni ada talian atas (wayar)
2) Lampu jalan TNB ni ada nombor dan logo TNB pada tiang
2) Call/SMS maklumat pada tiang to 15454

Semoga dapat membantu.


5 Cara Menghubungi TNB

TNB dah siar cara-cara untuk menghubungi mereka jika pelanggan menghadapi masalah..guna telefon,sms,emel,facebook dan sebagainya. Aku rasa inisiatif TNB ini dapat mebantu orang ramai untuk menyelesaikan masalah mereka.

Good work TNB!!!