Minyak masak terpakai sumber tenaga alternatif untuk menggerakkan bas…Hebat.
Lagi hebat, ini adalah hasil buah fikiran dan keringat daripada orang Malaysia...orang kita! Minyak masak terpakai atau “waste cooking oil (WCO)” merupakan salah satu produk biodiesel yang kini telah digunakan di UNITEN.
UNITEN melaksanakan kajian terhadap biodiesel sejak tahun 2002 lagi. Kini, beberapa buah bas yang menggunakan bahan api tersebut digunakan bagi tujuan kemudahan pengangkutan 'shuttle service' oleh UNITEN untuk para pelajar dan pensyarah di dalam kampusnya.
'Made In Uniten' Biodiesel, Successfully Powering Up Buses.. |
Jadi, sudah tentu 'Jaguh Kampung' Malaysia ini yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan, memang sudah setanding tarafnya dengan 'mat saleh' yang sering kali dikaitkan dengan sains dan teknologi.
Mari sama-sama kita menyokong usaha ke arah 'menghijaukan alam sekitar' di samping memberi sokongan padu kepada kejayaan yang dikecapi oleh anak watan kita sendiri.
Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment